Dah lama tak masuk MDC. Hari ini aku jenguk
perkampungan yang dulunya dikenali sebagai
sembang-sembang. Aku cuba login. Agak terkejut dengan status yang muncul.
Pendatang tanpa permit. Lalu aku tersenyum.. tanpa menulis apa-apa, aku terus logout. Memang dah lama aku tak ke sana. Memang aku tak tau sebarang perubahan, kiris dan apa saja yang telah berlaku di dalamnya. Satu perkara yang aku tahu dan aku pasti, tempat itu bukanlah lagi tempat yang aku suka dan bangga dan sayang sebagaimana satu waktu dulu.
Sejak aku mendaftar di MDC, aku tak pernah ambil kesah dengan sebarang status. Aku tak pernah bermesej disitu kerana nak mengejar atau nak mendapatkan sebarang status. Pernah satu masa mereka cipta
ahli puasa dan
ahli tak puasa, aku cuma menggeleng kelapa. Kali ini mereka cuba buat lawak lagi kononnya. Entah apa yang mereka fikir. entah apa matlamat mereka. Bagi aku, perkataan
pendatang tanpa permit adalah sesuatu yang agak kurang selesa. Tak keterlaluan jika aku katakan, ianya agak kurang ajar.
Masa demi masa, aku berharap MDC bertambah maju dan lebih matang. Cuma apa yang aku ternampak, haluannya semakin ke arah kebudak-budakan. Benda yang patut diubah dan dibaiki terus diabaikan.
Sayangnya.. tempat yang aku suka dan selesa satu masa dulu, kini sudah hilang. Tiada lagi.